|
Smart tak? |
Kali ni nak cerite tentang ASET kegilaan kaum lelaki. Tak lain tak bukan...KERETA... Dulu zaman sekolah tak terpikir pun pasal minat kereta ni. Ade la skit2, tapi tak la giler mcm sekarang ni..(aku tak gila ae..!) Dulu zaman sekolah rendah dok gilakan basikal. naik sekolah menengah, dok gilakan motorsikal. Biler dah keje ni, ape lagi..kereta plak.
Cerita aku mula mengenal kereta. Aku dulu selalu pikir, macam mane nak bawak keta ni? Takut...But when I met my wife, then I started to get really nuts about car! Masa bercinta, kalau lepas dating kat umah Mama, my wife akan send me back to Mess by car..Pastu selalu jadi teman nak anta Norsyahida a.k.a Kak Long blk hostel kat UPM...One day tu, dalam keta Mama perli, "Hai...biler la nak merasa Bakal Menantu bawak keta ni.." Sebagai seorang lelaki yang normal, (tak tau la yang baca ni klu lelaki, tak normal) tercabar n kecik hati gak la masa tu..
Di situ la bermulanya, aku geram...!!! Ok, aku akan buktikan yang aku boleh bawak keta! Dan akhirnya, berjaya mendapat lesen kereta dengan menggunakan khidmat perkhidmatan yang disediakan. Khidmat tentera yang mana amik lesen kereta murah giler! Pada tanggal 28 September 2007, aku berjaya memiliki sebuah kereta Perodua Viva 1.0 Premium ( beli sempena harijadi my wife, tarikh yang sama).
|
Mustang GT 500..aku minat giler keta ni! |
|
BMW X6...kereta idamanku... |
|
Mule2 turut HOT (Hanging Out Together) dgn VOC..padahal join dah lame... |
|
Santai Raya 2010 |
|
Tragedi Oktober - Peristiwa menyedihkan...dah make up baeekk punya..xcident plak dalam Kem..dilanggar ALZA... |
|
30.09.07 - Baru 3 hari kuar (Lokasi : Pekan Sungai Besi) |
|
03.01.08 - Lepas 3 Bulan (Lokasi : Depan Wisma Perwira 1 RAMD, Kem Sungai Besi) |
|
09.10.10 - Hampir 3 Tahun (Lokasi : Bawah Rumah KakLong, Setapak) |
|
17.01.11 - Setelah 3 Tahun 3 bln 15 hari (Lokasi : Tempat Parking Markas 11 Bgd, Kem Sungai Buloh) |
|
Tengok Meter - 88888 Trip To Gambang |
|
Raja Khalil - 10 Nurul Syamimi - 12 |
|
Minyak 'Hitam' yang digunakan - Liqui Moly (B13 Auto Services) |
|
Push Start Button |
Aku harap dengan bisnes yang dijalankan oleh isteriku nanti, dapat la aku merasa nak pakai keta yang mahal skit....nak harapkan gaji aku nak pakai keta besar..memang takkan la....gaji hanya sekadar untuk cukup makan....tapi ape pun, kena buat benda ni...ILMU + USAHA + DOA + TAWAKAL = BERJAYA..InsyaAllah dengan keizinannya....
Insha Allah, tambah anak, tambah rezeki, dapat pakai kereta yang lebih selesa. Your car boleh redah seluruh Malaysia, okay!(Kak long juga yang masih mengejar bas di waktu kedinginan dan hujan gerimis...huhu.namun bersyukur ada juga rezeki beli tiket bas=)
ReplyDeleteinsyaAllah..dgn usaha and doa, kita sama2 cari rezeki lebih. bertambah anak nanti, boleh la pakai kereta baru plak ;) Amin!!!
ReplyDeleteto kak long and naa kamaruddin,
ReplyDeletethanx for your support guys.. insyaAllah...dgn berkat doa dan pertolongan dari Allah, kemungkinan tu akan datang dan akan lebih memudahkan kami dan keluarga kita semua...