Monday, August 15, 2011

juadah sahur...(edisi aku terlambat lagi) Ep 2

Salam 1 Malaysia
bertemu lagi bersama saya Kapt Khalil dalam...
Juadah Sahur...aku terlambat lagi...Episod 2..

Ok, aritu bangun lambat makan biskut...harini saya nak cerite plak cara lain...
Saya percaya korg kat luar sana mesti pergi
PARAM @ Bazar Ramadhon?

SO, ini tips utk korg yang memang nak bangun lambat skit masa sahur..atau dah terlewat...
Masa membuat proses pembelian di Bazar tu, kalau bole beli juadah yang tahan sampai esok, atau beli lauk pauk yg korg bole simpan dalam peti sejuk dan tak basi...
Ha...tujuan die, biler bangun pagi korg leh panaskan balik dalam Oven ke, dalam Kuali ke..tp kalau malas sgt makan je sejuk2 tu..
(sanggup ke makan masak lemak yg dah sejuk...)
Kan mudah.my tu? tak perlu nak masak2..tapi kalau makan nasi pastikan nasi dah masak atau nak masak pagi tu, kena make sure die bole masak cepat...

Lagi satu, cube resepi ni...(pembuka selera)

SAMBAL KETUK
ambil dua @ tiga ulas bawang putih
ambil 5 @ 7 biji cili api
sedikit garam, sedikit gula
campurkan semua dan tumbuk (macam sambal belacan)
 pastu hidang and makan dengan lauk yang ada
Cuba..memamg...
TERBAEKKK!!! 

PS : Resepi tu dr Mr Johanori Ramlan..Tq Jono!

bonus dah masuk!!!

15 ogos 2011..
lepas baris pagi ni aku pun memulakan kerja rutin aku sebagai 
PS 3 G1 Tadbir.

Pastu aku pun klik la kat Mozilla Firefox tu, buka tab biase, Facebook, Blog, Email, dan Maybank2u.com
buka2 je kat Maybank2u, huyyooo....
bonus sulah masuk maaa....
Alhamdulillah..bole aku beli beberapa barang yang nak aku beli...
 kepada semua kakitangan kerajaan, sila lah ke ATM mesin untuk mengeluarkan duit anda...hahahaha...
 

Wednesday, August 10, 2011

juadah sahur...(edisi aku terlambat lagi)

Seperti biasa, bangun sahur adalah suatu perkara yang susah kita nak buat. tetapi sekiranya ada sesuatu yang kita sukai dlaam waktu itu, pastinya kita akan sedar dengan sendirinya tanpa menggunakan ALARM yang perlu disetkan dalam telefon bimbit masing2...


Haa....
terlambat jugak bangun? ada jalan penyelesaiannya...

BISKUT!

tau atau tidak, biskut atau nama lainnya Roti Kering adalah satu makanan yang kita semua suka makan tapi kita ambik tak endah pun pasal biskut. Betul tak?

Minum Petang...kebiasaannya orang akan hidang biskut untuk dijadikan 'kunyahan' atau 'celupan' dalam air yang disediakan.
Tetamu Bertandang.....ha, ni mak aku biasa buat...hidangkan biskut untuk tetamu yang datang..biasanya tetamu akan cakap, "Ish..xpayah la susah2..."

ok, itu antara situasi di mana biskut get involved. sekarang ni kita nak ceriter biskut dalam edisi aku terlambat lagi...
mudah, terlambat bangun...nak buat ape?
pertama : ambil mug atau cawan atau gelas atau ape je yang boleh bancuh air (jangan baldi sudah)
kedua : ambil bancuhan kegemaran anda cth Milo, Vico, Nescafe Gold, Horlicks etc.
ketiga : bancuh bancuhan tadi dengan susu atau gula dengan air panas atau suam
keempat : ambil biskut, celup dan makann..
mudah kan?

Option 1
  
Option 2
 
 PS : post ni diletakkan atas dasar pengalaman..hahaha...